Apakah Interactive Textbooks?

Interactive Textbooks adalah satu platform pembelajaran dalam talian yang direka bentuk untuk menarik perhatian para pelajar. Setiap modul dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian Belajar memperkenalkan tema melalui satu senario animasi pendek. Dalam bahagian Cuba, para pelajar menyelesaikan masalah dan menyempurnakan latihan. Dengan pengulangan, pengukuhan positif dan maklum balas serta merta, para pelajar dapat menguasai bahan yang dipersembahkan pada kadar kemampuan mereka sendiri. Bahagian Main adalah permainan mini dengan ciri mudah suai agar para pelajar dapat memilih tahap kesukaran. Bahagian Main bukan sahaja menghiburkan dan menyeronokkan; bahagian ini juga menunjukkan kepada para pelajar sama ada mereka telah menguasai bahan yang pelajari atau mereka perlu mencuba lagi sehingga berjaya.