Adakah penyelidikan menyokong kaedah yang digunakan oleh Interactive Textbooks?

Ya. Interactive Textbooks menyokong penyelidikan bahawa kaedah sokongan pembelajaran (scaffolding) adalah satu kaedah pengajaran yang penting. Dalam erti kata lain, para pelajar belajar langkah demi langkah melalui proses konseptual, prosedural, strategik dan metakognisi. Para pelajar mengingat apa yang dipelajari kerana mereka mengawal pembelajaran mereka sendiri dan mendapat maklum balas yang serta merta.

Bagaimanakah saya melanggan?

  • Klik pada butang LANGGAN SEKARANG.
  • Di laman web seterusnya, pilih satu pelan dengan mengklik butang Dapatkan Akses Serta-merta.
  • Ini akan membawa anda ke laman web LANGGAN SEBAGAI IBU BAPA.
  • Isikan maklumat dan klik butang SETERUSNYA.
  • Anda akan dibawa ke laman web di mana anda perlu mengklik butang Add Child.
  • Setelah mengisi maklumat anak anda, klik butang Add Course.
  • Kemudian, sahkan pembelian anda.
  • Ini akan membawa anda ke laman maklumat pengebilan dan pembayaran.
  • Setelah anda membeli pakej yang dikehendaki, tunggu 10 saat untuk pengesahan.
  • Semak e-mel anda untuk akuan daftar masuk dan resit pembelian.
  • Dari e-mel tersebut, anak anda boleh mendaftar masuk.

Siapakah yang menggunakan Interactive Textbooks?

Para pelajar, para guru, tutor dan ibu bapa para pelajar tahun 4, 5 dan 6.

Interactive Textbooks menarik minat para pelajar terhadap pelajaran melalui video, penyelesaian masalah, menyempurnakan latihan dan menguji pengetahuan mereka melalui permainan mini dan bank soalan. Mereka dapat menggunakan Interactive Textbooks di rumah, pusat tuisyen, atau di mana-mana sahaja dengan menggunakan telefon pintar atau tablet.

Para guru dan tutor menggunakan Interactive Textbooks kerana produk ini berasaskan kurikulum. Interactive Textbooks memperkukuh rancangan mengajar melalui persembahan multimedia. Para guru dapat menggunakan bank soalan dan permainan untuk memantau kemajuan pelajar.

Ibu bapa menggunakan Interactive Textbooks untuk menggantikan tutor yang mengenakan bayaran yang mahal. Interactive Textbooks mempunyai ciri pengawasan untuk ibu bapa memantau anak-anak mereka.

Kebanyakan pusat tuisyen menggunakan pembelajaran menghafal untuk memaksa para pelajar belajar untuk peperiksaan. Dengan sokongan Interactive Textbooks, pusat-pusat tuisyen dapat memberikan para pelajar pendekatan praktis berasaskan penyelidikan untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Berapakah harga Interactive Textbooks?

RM360.00 untuk 12 bulan
Ini termasuk akses tanpa had untuk Matematik, Sains dan Bahasa Melayu. Ini bermakna hanya satu ringgit sehari selama satu tahun.

RM299.00 untuk 6 bulan
Ini termasuk akses tanpa had untuk Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.

RM199.00 untuk 3 bulan
Ini termasuk akses tanpa had untuk Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.

Dengan mana-mana pakej, anda boleh membeli modul English Proficiency yang merangkumi tahap pencapaian bahasa Inggeris dari aras rendah hingga aras pertengahan.

Apakah Interactive Textbooks?

Interactive Textbooks adalah satu platform pembelajaran dalam talian yang direka bentuk untuk menarik perhatian para pelajar. Setiap modul dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian Belajar memperkenalkan tema melalui satu senario animasi pendek. Dalam bahagian Cuba, para pelajar menyelesaikan masalah dan menyempurnakan latihan. Dengan pengulangan, pengukuhan positif dan maklum balas serta merta, para pelajar dapat menguasai bahan yang dipersembahkan pada kadar kemampuan mereka sendiri. Bahagian Main adalah permainan mini dengan ciri mudah suai agar para pelajar dapat memilih tahap kesukaran. Bahagian Main bukan sahaja menghiburkan dan menyeronokkan; bahagian ini juga menunjukkan kepada para pelajar sama ada mereka telah menguasai bahan yang pelajari atau mereka perlu mencuba lagi sehingga berjaya.

Apakah yang membezakan Interactive Textbooks daripada produk-produk pendidikan lain?

Anda dapat mencari platform e-pembelajaran yang menggunakan video. Anda juga dapat mencari platform e-pembelajaran yang menyediakan kuiz bermarkah. Oleh itu, apakah keistimewaan Interactive
Textbooks? Interactive Textbooks memberikan maklum balas yang serta merta kepada para pelajar. Ini bermakna para pelajar tidak perlu menunggu sehingga di akhir modul untuk mendapatkan maklum balas. Interactive Textbooks menerangkan setiap jawapan semasa pelajar meneliti jawapan tersebut.

What makes Interactive Textbooks different from other educational products?

You can find e-learning platforms that use video. You can find e-learning platforms that provide graded quizzes. So what’s so special about Interactive Textbooks? Interactive textbooks provides instant feedback for the students. This means that students do not have to wait until the end of the module for feedback. Interactive Textbooks explains each answer as the student goes through the material.